Kemungkinan anak kita menghidap Autisme

Sepanjang saya bekerja sebagai seorang terapis khusus untuk kanak-kanak. Kerap kali soalan ini di ajukan.

Anak saya ni ada autisme ke teacher?

Jadi apakah jawapan saya sebagai seorang terapis?
Jawapan selamat yang kerap saya beri adalah.

Sila rujuk kepada doktor kerana hanya doktor yang layak memberi dignosis kepada anak tuan/puan.

Kenapa saya mahu mengilak? Hal ini kerana kebanyak parents bertanya untuk menyedapkan perasaan mereka. Semahunya mereka tidak mahu menerima yang anak mereka menghidapi autism.

Tetapi, saya akan tambah lagi pada pertanyaan mereka itu tadi. Saya akan tekankan sebagai terapis, kami dapat mengenalpasti simptom-simptom autism itu sendiri.

Terdapat 3 ciri-ciri utama yang terdapat pada kanak-kanak autism itu sendiri antaeanya:


  • Kemerosotan dalam interaksi sosial
  • Kemerosotan dalam komunikasi
  • Tingkahlaku, minat dan aktiviti yang terhad, berulang dan stereotaip.


Untuk lebih jelas, apa itu kemerosotan dalam interaksi sosial?
Ia termasuklah:

  • Lemah eye contact
  • Lemah dalam penggunaan isyarat dan ekspresi wajah
  • Tak suka berkongsi
  • Tak suka berinteraksi dengan rakan sebaya
  • Tak minat aktiviti berkumpulan
  • Tidak dapat mengenalpasti kesan tingkahlaku mereka terdapat orang sekeliling

Bagi komunikasi kanak-kanak autism pulak,

  • Kelewatan pertuturan
  • Lemah dalam memahami  isyarat bukan lisan dan ekspresi wajah
  • Kurang penggunakan isyarat bukan lisan seperti pointing


Bagi tingkahlaku mereka pulak,

  • Minat yang keterlaluan dalam topik tertentu dan menjadi cemas jika tidak dapat melakukan ritual atau tidak suka gangguan kepada rutin.



Jadi jika ibubapa mendapati anak anda mempunyai simptom seperti diatas, sangat digalakan untuk membuat temu janji bersama doktor atau psikologi bagi kanak-kanak. Selain itu, dapatkan temujanji bersama terapi carakerja (Occupational therapist) dan terapi pertuturan (Speech therapist).



There is no cure for autism, but intervention and management techniques should be aimed at educating parents and carers about the disorder and behavioral interventions to aid the child's skills development.






Nurul Syahirah Md Senin
Occupational Therapist

No comments:

Powered by Blogger.